Rafidah Aziz appointment as RECODA advisor a boost for SCORE!

Posted on May 23, 2012

0


A friend of a friend alerted me today that former Federal Minister of International Trade and Industry Tan Sri Rafidah Aziz has been appointed as an advisor to the Regional Corridor Development Authority or RECODA.

This means the “iron lady” will soon actively assist the State in developing the Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE), since RECODA is the agency spearheading the development of Sarawak’s economic corridor.

Rafidah, who is also chairman of budget airline AirAsia X, revealed that Chief Minister Pehin Sri Taib Mahmud informed her about the appointment during her courtesy call on him at the State Legislative Assembly in Kuching on Tuesday.

This is indeed good news for Sarawak, because her vast experience and network will go a long way towards achieving the goals we’ve set for SCORE.

We’ve already got former Petronas boss Tan Sri Mohd Hassan Marican helping out with SCORE and now we have the iron lady as an advisor, as well.

Kind of makes you wonder what everyone sees in this thing called SCORE, doesn’t it?

Tan Sri Rafidah Aziz, the RECODA advisor

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

How Berita Harian reported it:

Rafidah dilantik Penasihat RECODA

2012/05/23

KUCHING: Kerajaan Sarawak melantik bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz sebagai Penasihat Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).

RECODA adalah badan yang bertanggungjawab menerajui pembangunan di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dari segi pentadbiran, pengurusan, penggalakan pelaburan, perancangan projek dan pelaksanaan.

Mengesahkan perkara itu kepada Berita Harian semalam, Rafidah yang juga Pengerusi AirAsia X, berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara terbabit oleh Tan Sri Abdul Taib Mahmud ketika membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak itu di Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, semalam.

“Saya berterima kasih kepada Ketua Menteri dan kerajaan negeri atas kepercayaan yang diberikan. Sarawak mempunyai potensi besar dalam industri berteraskan tenaga boleh diperbaharui. Usaha sekarang ialah mempergiatkan pembangunan infrastruktur untuk koridor berkenaan yang mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada pelabur,” katanya.

Setakat ini, SCORE berjaya menarik 17 projek dengan nilai pelaburan RM24.63 bilion dan menawarkan 14,471 peluang pekerjaan. Sebahagian daripada pelabur sudah memulakan pembinaan kilang, manakala yang lain memulakan operasi pembuatan di koridor berkenaan.

Mengenai perancangannya untuk memacu pertumbuhan SCORE, Rafidah berkata, beliau akan menggunakan sepenuhnya pengalaman yang ada bagi membantu sedaya upaya menjayakan pembangunan koridor terbabit.

Selepas membuat kunjungan hormat ke atas Abdul Taib, Rafidah menyampaikan ucaptama mengenai ekonomi serantau dan ketahanan menghadapi cabaran ekonomi pada Persidangan Pengusaha-Pengusaha Wanita Asia Tenggara di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Sejak dilancarkan pada 2008, SCORE terus berkembang pesat terutama di tiga rangkaian pertumbuhan membabitkan kawasan Samalaju Industrial Park, Mukah Smart City serta Hab Halal Tanjung Manis dan kerajaan negeri ketika ini sedang berunding dengan pelabur lain yang berminat.

Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) (Pindaan) 2012, juga diluluskan pada persidangan DUN Sarawak, minggu lalu.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RafidahdilantikPenasihatRECODA/Article/index_html