Sarawak Election Date prediction

Posted on March 19, 2011

3


The 10th Sarawak State election 2011 will be held on 16th April.

Nomination Day will be on 9th April.

And the State Legislative Assembly will be dissolved on 21st March. That’s next Monday!!!

And how do I know all this? Research of course. Research and plagiarism.

I basically copied the prediction from the oracle known as Dr Jeniri Amir.

He wrote it all in Sarawak Update. In Bahasa Malaysia.

So for all of you who failed BM, you’ll just have to trust me.

By the way, if the predictions are wrong, we can ALL get upset with Dr Jeniri.

If they’re spot on, I will be the first to say that I had full confidence in the man.

So its 3 – 4 – 9 -10 – 16 – 21 . For those with no moral or religious qualms about gambling, please be gently reminded that today is a draw day.

Article taken from the news portal Sarawak Update, which is not a numbers prediction agency, by the way:

Pilihan raya, Sabtu 16 April

Dr Jeniri Amir

Pada hujung minggu lepas saya telah balik ke tempat asal saya, Mukah. Saya sempat singgah di beberapa bandar dan pekan Sarawak iaitu Serian, Sri Aman dan Sibu. Serian, sekitar sejam perjalanan dari Sibu merupakan kawasan Bidayuh, Sri Aman didominasi kaum Iban, bandar Sibu kaum Cina, manakala Mukah kebanyakannya didiami etnik Melanau.

Dalam persinggahan di pekan berkenaan, menjadi kebiasaan saya untuk singgah di kedai kopi tempat tumpuan orang ramai. Dewan Undangan Negeri Sarawak mempunyai 71 kerusi dengan 28 kerusi mempunyai majoriti Melayu/Melanau, Iban 19 kerusi, Cina 15 kerusi, Orang Ulu tiga kerusi, dan Bidayuh enam kerusi.

Keunikan Sarawak terletak kepada kewujudan masyarakat pelbagai kaum yang mengamalkan agama dan budaya yang berlainan. Meskipun berbeza dari segi kepercayaan, sikap tolak ansur dan saling menghormati menyebabkan mereka dapat hidup dalam keadaan harmoni. Tidak pernah berlaku konflik atau ketegangan hubungan kaum di negeri ini.

Pemimpin dan ahli politik bagai faham akan hakikat bahawa mereka perlu sentiasa menjaga sensitiviti dan perasaan kaum lain. Sikap sedemikianlah yang menjadi rahsia dan resipi kestabilan sosial dan keharmonian hubungan kaum di Sarawak.

Mereka tidak terpengaruh oleh sesetengah ahli politik yang menjadikan isu perkauman sebagai modal politik. Mereka sedar, keadaan sekarang perlu dipelihara.

Masyarakat Sarawak hidup harmoni

Di kedai kopi milik orang Cina di bandar berkenaan saya dapati masyarakat pelbagai kaum duduk semeja memperkatakan pelbagai isu. Sudah pasti isu paling hangat dan banyak diperkatakan adalah tentang politik dan tarikh pilihan raya. Ramai yang tiba-tiba menjadi nujum pak belalang atau tukang ramal. Penduduk luar bandar sentiasa menunggu pilihan raya yang datang setiap dua tahun sekali di negeri ini, iaitu pilihan raya parlimen dan negeri.

Mereka menganggapnya seolah-olah seperti pesta. Pada waktu menjelang pilihan raya mereka berpeluang melihat pelbagai wajah pemimpin yang hanya dapat disaksikan melalui kaca televisyen.

Sesungguhnya, pilihan raya negeri Sarawak kesepuluh semakin dekat. Bahang pilihan raya semakin terasa di mana-mana, tidak kira di bandar atau di rumah panjang dan kampung di pedalaman. Berdasarkan perkembangan terkini, besar kemungkinan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Serian bagi menghadiri program Sejiwa Senada ialah petanda ada sesuatu yang penting akan berlaku sesudah peristiwa itu. Kunjungan Ketua Menteri ke Astana Negeri Khamis, 17 April dikatakan satu lagi petanda.

Pilihan raya 16 April

Saya menjangkakan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan 21 Mac ini manakala hari penamaan calon 9 April dan pilihan raya besar kemungkinan seminggu kemudian, iaitu 16 April. Sejiwa Senada merupakan program penting bagi mendekatkan kerajaan dengan rakyat. Program ini dilancarkan tahun lalu, dan boleh disifatkan memberi petunjuk penting bila pilihan raya diadakan. Program itu hampir mencapai puncaknya dengan yang terakhir dijangka diadakan di Kuching menjelang akhir bulan ini.

Apakah tujuan Perdana Menteri ke Serian? Yang jelas, beliau ingin menyelami secara dekat aspirasi masyarakat tempatan sesuai dengan gagasan 1Malaysia. Kawasan kediaman masyarakat Bidayuh itu merupakan penyokong kuat Barisan Nasional, tetapi enam kerusi DUN Bidayuh bukanlah boleh dikatakan dapat dimenangi dengan mudah jika diambil kira pelbagai isu yang membelenggu masyarakat itu.

Keunikan masyarakat Bidayuh

Masyarakat Bidayuh dengan penduduk 200,000 jiwa merupakan 6 peratus daripada 2.5 juta penduduk Sarawak. Kebanyakan mereka tinggal di Bau, Lundu, Siburan, Penrissen, Padawan dan Serian. Masyarakat Bidayuh terdiri daripada Bukar-Sadong yang tinggal di Serian, Biatah di Kuching, Bau-Jagoi di Bau, dan Selako-Lara di Lundu.

Masyarakat Bidayuh mempunyai sembilan kerusi, tiga kerusi Parlimen, iaitu Mas Gading, Serian, dan Mambong, dan enam kerusi DUN. Kerusi DUN berkenaan diwakili Ranum ak Mina (N1 Opar), Datuk Peter Nansien Ngusie (N2 Tasik Biru), Dr Jerip ak Susil (N16 Bengoh), Roland Sagah (N17 Tarat), Datuk Sri Michael Manyin (N18 Tebedu), dan Federick Bayoi Manggie (N19 Kedup).

Masyarakat Bidayuh menganggotai pelbagai parti – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) mengakibatkan suara mereka berpecah meskipun mereka semua bernaung di bawah PBB. Seorang daripada wakil rakyat Bidayuh dijangka digugurkan dalam pilihan raya nanti.

Sejauh manakah enam kerusi Bidayuh selamat dalam pilihan raya nanti? Meskipun peluang semua kerusi itu dimenangi BN cerah, tetapi pertarungan di dua kawasan, iaitu kedup dan Bengoh dijangka sengit. PKR bakal mengemukakan calon daripada kalangan intelektual dan profesional Bidayuh. Pemimpin politik Bidayuh sedar akan hakikat bahawa kali ini mereka tidak lagi boleh mengambil mudah akan ancaman dan tentangan pihak pembangkang,

Secara khusus, antara isu yang dimanipulasikan parti pembangkang di kawasan Bidayuh ialah tanah hak adat bumiputera (NCR). Penduduk mendakwa bahawa tanah NCR yang diwarisi daripada nenek moyang mereka diambil tanpa pampasan munasabah oleh pihak kerajaan.

Satu daripada punca kekecewaan masyarakat Bidayuh ialah SUPP dikatakan tidak begitu mempedulikan masyarakat Bidayuh. Dikatakan sebahagian pengundi di kawasan terbabit akan memprotes dengan mengundi calon pembangkang dalam pilihan raya nanti. Mungkinkah masyarakat Bidayuh rela mengorbankan kerusi sebagai manifestasi kekecewaan dan protes?

Perlukah mereka berbuat demikian?

Kehadiran Perdana Menteri sekali lagi ke pangkuan masyarakat Bidayuh membuktikan keinginan dan kesungguhan beliau untuk menangani isu dan masalah yang membelenggu masyarakat itu.

*Penulis ialah penganalisis politik di Universiti Malaysia Sarawak

http://sarawakupdate.com/home/opinion/pilihan-raya-sabtu-16-april/

Posted in: Sarawak Politics